
anak-anak phaleonopsis ini dah setahun umurnya bulan Ogos ni tapi bunganya tak kelihatan lagi ........sabar

Ini anak-anak phaleonopsis (butterfly) masa beli tu comel-comel aje ni dah nak berbunga tapi belum tau warna apa. Betul la jaga orkid ni perlu banyak kesabaran.

"Tiger orchid" bunyi menakutkan rupanya yang menakutkan bukan pokoknya tapi jangkamasa berbunganya. Ini jiran bagi dah besar keluar 2 anaknye Alhamdullilah tapi bunga kena banyak berdoa.

Bila dah jaga yang comel-comel tu lebih kurang 2 tahun barulah keluar bunga..... cantik-cantik rupanya. Betul lah kesabaran itu buahnya manis.

Oncidium jenis "Dancing Lady" tanam pada batang pokok rambai aje supaya macam keadaan asalnya. Ok pula berbunga sepanjang tahun

Ini bunga orkid butterfly kegemaran suami Cikgu Ahmad.
Memang cantik tapi susah nak jaga.......
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI